Rayuan Ke IPTA Untuk Lepasan SPM Boleh Disemak Mulai Tengah Hari Esok

Assalamualaikum ..
Terima kasih sudi singgah blog Tia dan baca entri ;)

KUALA LUMPUR: Keputusan rayuan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia dan yang setaraf untuk sesi akademik 2011/2012 boleh disemak mulai tengah hari esok.

Kementerian Pengajian Tinggi dalam satu kenyataan di sini hari ini, berkata pemohon boleh berbuat demikian menerusi laman webnya di www.upu.mohe.gov.my atau pada laman web universiti yang dipohon.

"Keputusan rayuan adalah muktamad dan rayuan calon dianggap gagal jika mereka tidak menerima sebarang tawaran rasmi sehingga 3 Julai ini," kata kenyataan itu.

Untuk sebarang pertanyaan, pemohon diminta hubungi talian 03-88835858 dan 03-88835848

Calon juga boleh menyemak keputusan rayuan mereka menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip UPU RESULT (No.KP) dan hantar ke 15888. - BERNAMA 

--BHARIAN--

Mana adik-adik yang berjaya tu, akak Tia ucapkan TAHNIAH ye. Kalau yang tak berjaya, jangan putus asa. Gagal sekali tak bermakna gagal selamanya. Mungkin rezeki tak ada kat situ.

Dan, kalau tak berjaya jangan nak malu dengan kawan-kawan yang berjaya tu. Ingat, mesti ada hikmah sebaliknya. Yang berjaya tu pulak, jangan sia-siakan peluang yang ada. Jangan ingat nak seronok je mentang-mentang mak ayah tak ada nak jaga. Jangan silap langkah dik, buruk padahnya.

psst : Bila kak Tia menasihati adiknya :)

Sekian..
Previous
Next Post »

4 Comments

Click here for Comments
myzziema
admin
June 13, 2011 at 9:13 PM ×

peluang yang ada depan mata jangan sia-siakan! :D

Reply
avatar
Kei Seichi
admin
June 13, 2011 at 9:55 PM ×

baikla akak..hehehe..

Reply
avatar